Penyampai berita CNN Chris Cuomo positif COVID-19
Azyyati Ahmad
April 1, 2020 11:27 MYT
April 1, 2020 11:27 MYT
PENYAMPAI berita terkenal CNN, Chris Cuomo mengesahkan dirinya positif COVID-19 pada Selasa.
Beliau bagaimanapun akan terus bersiaran secara langsung dalam programnya "Cuomo Prime Time" jam 9 malam dari rumah.
Cuomo membuat pengumuman itu di akaun Twitter setelah mendapati dia mempunyai gejala seperti demam dan sesak nafas.
"Dalam masa-masa sukar begini, saya baru mengetahui bahawa saya positif koronavirus.
"Saya telah terdedah dengan mereka yang diuji positif menyebabkan saya mengalami demam, menggigil dan sesak nafas," tulisnya.
Cuomo berharap ia tidak berjangkit kepada anak-anak dan isterinya.
Cuomo baru-baru ini telah menemu bual abangnya Gabenor New York, Andrew Cuomo dari rumah.