Penyakit cacar monyet meningkat di Eropah
Astro Awani
Mei 19, 2022 08:00 MYT
Mei 19, 2022 08:00 MYT
LISBON: Eropah dalam keadaan berjaga-jaga susulan beberapa negara mengesan kes jangkitan cacar monyet pada Rabu.
Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara Portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.
Semua lima kes di Portugal melibatkan lelaki dengan pesakit disahkan dalam keadaan stabil.
Pihak Berkuasa Kesihatan Eropah sedang memantau sebarang wabak penyakit itu sejak Britain melaporkan kes pertama cacar monyet pada 7 Mei dan mengesan enam lagi di negara itu.
Cacar monyet ialah jangkitan virus yang jarang berlaku dan mirip dengan cacar manusia.
Ia pertama kali direkodkan di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970-an.
Bilangan kes di Afrika Barat telah meningkat dalam dekad yang lalu.
Gejala termasuk demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan.