Penunjuk perasaan tuntut pembebasan pemimpin pro kemerdekaan Catalan
Agensi
Mac 11, 2018 06:04 MYT
Mac 11, 2018 06:04 MYT
Bantahan besar-besaran diadakan di Barcelona pada Ahad bagi menuntut pembebasan lima ahli politik pro kemerdekaan Catalan./
Perhimpunan Catalan Kebangsaan yang menunjangi bantahan itu menyifatkan penahanan itu bermotifkan politik.
Waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan ke atas beberapa pemimpin pemisah namun ia ditolak hakim mahkamah Sepanyol.
Bagaimanapun ini tidak bermakna waran berkenaan boleh diaktifkan kembali.
Pemisah Catalan ketika ini sedang berunding bagi membentuk kerajaan selepas parti pro kemerdekaan mengekalkan majoriti kerusi dalam pilihan raya Disember lalu.
Tekanan menuntut kemerdekaan meletakkan Sepanyol dalam krisis politik tahun lalu.
Krisis memuncak apabila kerajaan Sepanyol mengambil alih pentadbiran wilayah itu pada 27 Oktober tahun lalu, sebaik sahaja Parlimen Catalan mengisytiharkan kemerdekaan.
Pentadbiran langsung itu masih berkuat kuasa sehingga wilayah itu memilih presiden baharu.
Madrid berikrar untuk mempertahankan wilayah itu daripada sebarang usaha untuk memisahkannya daripada Sepanyol.