Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Astro Awani
Mei 5, 2024 10:00 MYT
Mei 5, 2024 10:00 MYT
VIRGINIA: Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu, ketika puluhan pelajar menganjurkan perkhemahan pro-Palestin di kampus.
Penahanan dibuat kerana perhimpunan itu didakwa menyalahi undang-undang.
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Pasukan polis kemudiannya merobohkan khemah selain menangkap beberapa penunjuk perasaan.
Menurut media tempatan, penunjuk perasaan pro-Palestin telah berkumpul di kampus itu selama lima hari.
Gelombang protes di kampus utama kolej ternama di Amerika Syarikat (AS) semakin meluas sejak minggu ini.
Sebahagian penunjuk perasaan berhimpun atau mendirikan khemah di puluhan universiti sebagai tanda membantah perang Israel ke atas Gaza.
Penunjuk perasaan telah menyeru Presiden AS Joe Biden, yang menyokong Israel, untuk melakukan lebih banyak tindakan bagi menghentikan pertumpahan darah di Gaza selain menuntut universiti untuk tidak terlibat dengan syarikat yang menyokong kerajaan Israel.