Penunjuk perasaan di Tunisia tuntut kebebasan mereka yang ditahan
Astro Awani
Januari 24, 2021 09:47 MYT
Januari 24, 2021 09:47 MYT
RATUSAN penunjuk perasaan berhimpun di bandar Tunis pada Sabtu bagi menuntut kebebasan mereka yang ditahan semasa pertempuran dengan anggota polis minggu lepas.
Kumpulan hak asasi manusia memaklumkan, kira-kira 1,000 orang ditahan manakala puluhan yang lain dipenjara atas tuduhan melakukan vandalisme dan mencuri.
Penunjuk perasaan mengecam tindakan itu selepas perjanjian oleh pemerintah negara berhubung pemulihan ekonomi, susulan pemberontakan Arab Spring sedekad lalu.
Malah penunjuk perasaan yang turun padang dikatakan kebanyakannya adalah anak muda yang menganggur, yang turut meluahkan kekecewaan yang berbeza.
Protes anjuran kumpulan hak asasi manusia dan parti pembangkang tersebut turut menyaksikan kawalan ketat pasukan keselamatan apabila penunjuk perasaan mula melemparkan kata-kata kesat.
Malah protes tersebut turut dilakukan selepas kerajaan mengumumkan lanjutan perintah berkurung dan menghalang sebarang demonstrasi diadakan bagi mengekang penularan COVID-19.
#Tunisia
#COVID-19
#Penunjuk perasaan
#perintah berkurung
#pembangkang
#kerajaan
#protes
#kebebasan
#Vandalisme
#penjara
#Mencuri
#tunjuk perasaan
#demonstrasi
#arab spring
#kumpulan hak asasi manusia
#pertempuran
#polis