Penunjuk perasaan desak PM Nepal letak jawatan

Agensi
Disember 29, 2020 21:37 MYT
Penunjuk perasaan turut mengugut pihak berkuasa untuk mengadakan satu lagi protes besar-besaran sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi. Foto: AP
KATHMANDU: Penunjuk perasaan berhimpun di Kathmandu, Nepal pada Selasa bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menterinya, sebagai bantahan terhadap keputusan Khadga Prasad Oli yang membubarkan Parlimen.
Protes tersebut menyusul selepas Parlimen dibubarkan di tengah-tengah peningkatan permusuhan dalam Parti Komunis Nepal.
Mereka yang turut serta adalah penyokong parti tersebut.
Penunjuk perasaan berhimpun dan melakukan protes bagi mendesak peletakan jawatan itu sehingga memaksa pihak berkuasa terdiri daripada ribuan anggota polis mengawal keadaan.
Malah, penunjuk perasaan turut mengugut pihak berkuasa untuk mengadakan satu lagi protes besar-besaran sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Untuk rekod, Oli dilantik sebagai Perdana Menteri tiga tahun lalu.
Parlimen negara itu dibubarkan pada 20 Disember lalu di bawah pemerintahannya dengan satu pilihan raya umum dijadualkan berlangsung pada April dan Mei 2021.
#Nepal #pilihan raya umum #Perdana Menteri #Parlimen #pilihan raya #letak jawatan
;