Penunggang patah tulang, roller-coaster Fuji-Q Highland diarah tutup

Astro Awani
Ogos 26, 2021 21:13 MYT
Laporan tempatan turut mendedahkan ada sembilan penumpang lain yang mengalami kecederaan lain selepas menggunakan permainan tersebut. - Foto Facebook/Fuji-Q Highland
YAMANASHI: Roller-coaster di sebuah taman tema di jepun diarah tutup selepas beberapa penunggang dilaporkan mengalami patah tulang sewaktu menaikinya.
Do-Dodonpa, di Fuji-Q Highland yang terletak di wilayah Fujiyoshida berhampiran Gunung Fuji itu sememangnya antara roller-coaster terpantas di dunia.
Menurut pengurusan taman tema itu, ia boleh memecut dari sifar ke 180 kilometer sejam hanya dalam masa 1.5-6 saat.
Permainan roller-coaster itu bagaimanapun telah ditutup selepas sekurang-kurangnya empat penumpang patah tulang sejak Disember tahun lalu.
Laporan tempatan turut mendedahkan ada sembilan penumpang lain yang mengalami kecederaan lain selepas menggunakan permainan tersebut.
Fuji-Q Highland sebelum ini menjadi tumpuan selepas pengunjung yang menaiki roller-coaster diminta menjerit di dalam hati bagi mengelak penyebaran COVID-19.
BACA: COVID-19: Penunggang roller-coaster diminta senyap, hanya jerit dalam hati
#roller-coaster #Fuji-Q Higland #tutup #patah tulang