Penunggang motosikal sempat mengelak, nyaris ditanduk lembu

Astro Awani
Mei 6, 2021 11:43 MYT
Lembu itu kemudian mengejar penunggang tersebut sejauh 50 meter dan hanya berhenti apabila anaknya yang baru lahir mula menangis. - Foto Newsflare via AP
Seorang penunggang motosikal terpaksa bertindak pantas selepas dikejar seekor lembu di Thailand.
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki berkenaan memperlahankan motosikal yang ditunggangnya bagi mengelak lembu itu di sebuah jalan pedalaman di wilayah Buriram pada 2 Mei lalu.
Lembu itu kemudian mengejar penunggang tersebut sejauh 50 meter dan hanya berhenti apabila anaknya yang baru lahir mula menangis.
Jirayut Deeduaichart, 29, berkata dia sedang menuju ke rumah ibu mentuanya ketika kejadian.
"Saya tidak tahu kenapa lembu itu mengejar saya. Semasa saya lalu, ia berada di tengah jalan," katanya.
Penunggang motosikal sempat mengelak, nyaris ditanduk lembu
#lembu #kejar #tanduk #motosikal #penunggang
;