Penumpang tertidur, pemandu Uber melencong lebih 50 kilometer

Nizam Bakeri
Ogos 30, 2016 21:57 MYT
E-mel Uber memaparkan laluan lencongan yang diambil oleh pemandu sebelum menghantar Hannah Warman pulang - Foto Twitter/Hannah Warman
Ahad lalu, Hannah Warman terjaga dan sedar dia sudah tiba di rumah.
Pelawak London itu terlena di kerusi penumpang sepanjang perjalanan pulang dengan menggunakan perkhidmatan Uber.
Apa yang tidak disedari ketika itu, dia sebenarnya sudah terlena lebih sejam setengah.
Perjalanan sebenarnya hanya mengambil masa lima minit - jika dia berjalan kaki.
Hal itu hanya disedari Hannah apabila menerima resit Uber melalui e-mel keesokan harinya yang memaparkan tambang mahal.
Pemandu tersebut rupa-rupanya telah melencong lebih 56 kilometer sebelum tiba di rumah Hannah.

When u think "It's only a 5 min walk but f**k it, I'll get an uber!" & u fall asleep #LookAtTheRouteHeTook! @uber pic.twitter.com/xsELKpsgjF

— Hannah Warman (@hannahwarman) August 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya sangat terkejut dan marah sebab tambang mahal kerana saya fikir pemandu itu tersesat dan saya tidak sepatutnya dicaj atas kesilapan dia,” jelasnya.
“Kemudian saya sedar mustahil pemandu sesat kerana dia mempunyai peta dan pengesan lokasi. Dia ambil jalan paling jauh.”
Menurut Mashable, Hannah telah melaporkan insiden itu kepada Uber dan bayaran telah dipulangkan.
“Saya masih percaya kebanyakan pemandu Uber merupakan orang baik yang rajin bekerja dan menjaga kebajikan penumpang, tetapi saya fikir terlalu mudah bagi pemandu yang kurang baik melepaskan diri dengan menipu penumpang, atau mungkin melakukan sesuatu yang lebih teruk,” tambahnya.
#London #pemandu Uber #Uber
;