Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun

Bernama
Julai 16, 2024 14:17 MYT
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi. - Reuters
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) mengangkut lebih 2.16 juta penumpang bulan lepas, meningkat 13.9 peratus tahun ke tahun, menurut statistik operasi terkini, lapor Xinhua.
Syarikat penerbangan kos rendah Scoot, yang berada dalam kumpulan yang sama, mencatatkan hampir 1.04 juta penumpang pada Jun, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak dua peratus.
Muatan kargo Kumpulan SIA meningkat 24.9 peratus tahun ke tahun bulan lepas, disokong oleh pasaran e-dagang yang kukuh dan lonjakan permintaan akibat gangguan pengangkutan laut dan kesesakan pelabuhan.
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
-- BERNAMA
#Singapore Airlines #penumpang #statistik #pertumbuhan