Penumpang panik selepas lelaki buka pintu kecemasan pesawat

Agensi
Jun 30, 2019 04:19 MYT
Penumpang ditangkap kerana bertindak membuka pintu kecemasan di dalam pesawat pada Sabtu. - Gambar hiasan
Seorang penumpang dilaporkan ditangkap selepas bertindak membuka pintu kecemasan pesawat dalam satu kejadian di Bangkok, Thailand, pada Sabtu.
Pesawat berkenaan dijadual berlepas dari bandar Don Mueng di Thailand, menuju Wuhan di China.
Saksi memaklumkan kepada akhbar Chutian Metropolis Daily, lelaki berkenaan membuka pintu kecemasan sebelum menariknya ke bawah.
Penumpang lain yang berada di dalam pesawat berkenaan menjerit sebelum seorang kru penerbangan berlari ke arah lelaki itu.
Lelaki tersebut menjadi panik dan meminta maaf serta mendakwa dia tidak tahu terdapat larangan membuka pintu kecemasan.
“Nasib baik pesawat belum berlepas dan masih di atas landasan. Jika sudah melakukan penerbangan, kami semua akan berdepan bahaya,” kata saksi.
Dalam pada itu, pihak pihak pengurusan pesawat itu enggan memberi keterangan lanjut berhubung insiden itu.
Terdahulu, pada April lalu, seorang lelaki dari China ditahan selama 10 hari selepas mencampakkan duit syiling ke dalam enjin pesawat.
Dakwanya, dia melakukan tindakan itu demi ‘nasib baik’, seperti yang disuruh oleh ibu mertuanya.
#Bangkok #China #penerbangan #penumpang #pesawat #pintu kecemasan
;