Penumpang meninggal dunia dalam pesawat dipercayai akibat malaria

Agensi
Jun 15, 2020 15:33 MYT
Air India hanya memutuskan kematian mangsa adalah disebabkan oleh 'natural causes' (sebab semula jadi). - Foto AFP
Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia ketika menaiki pesawat Air India dalam perjalanan dari Lagos, Nigeria menuju ke Mumbai, India pada Ahad.
Pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Mumbai pada pukul 3.40 pagi (waktu tempatan).
Memetik India Today, penumpang yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan telah memaklumkan krew pesawat mengenai keadaan kesihatannya selepas mengalami kesukaran bernafas dan sakit di bahagian dada.
Dia, bagaimanapun, disahkan meninggal dunia dalam pesawat dipercayai mengalami gejala demam malaria.
Berikutan itu, persoalan mula timbul mengenai bagaimana penumpang tersebut dibenarkan untuk menaiki pesawat ketika mempunyai gejala demam.
Air India, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, hanya memutuskan kematian mangsa adalah disebabkan oleh 'natural causes' (sebab semula jadi).
#demam malaria #India #malaria #mangsa #meninggal dunia #Mumbai #Nigeria #pesawat
;