Penumpang diselamatkan selepas pesawat Saudia terbakar di lapangan terbang Peshawar

Bernama
Julai 11, 2024 22:02 MYT
Pengawal trafik udara melihat asap dan kebakaran di gear pendaratan kiri dan memberi amaran kepada juruterbang penerbangan dari Riyadh. - Foto: X: @fl360aero
NEW DELHI: Semua penumpang dan anak kapal selamat dipindahkan selepas sebuah pesawat Saudia terbakar ketika mendarat di lapangan terbang Peshawar, Pakistan pada Khamis.
Pengawal trafik udara melihat asap dan kebakaran di gear pendaratan kiri dan memberi amaran kepada juruterbang penerbangan dari Riyadh, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan (PCCA).
"Pesawat itu telah mendarat dengan selamat dan sedang menuju ke landasan ketika kecemasan itu berlaku. Komunikasi segera pengawal kepada juruterbang, yang tidak menyedari keadaan itu, memastikan tindak balas yang tepat pada masanya daripada Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (RFFS)," kata PCCA.

Left landing gear wheels of Saudia Airlines' Airbus Airbus A330-343 plane (HZ-AQ28) with 297 aboard caught fire (smoke) while landing at Peshawar airport in Pakistan on Thursday. Passengers were evacuated. However, Saudia clarifies that its aircraft, flying from Riyadh (RUH) to pic.twitter.com/SEnH0lrtpo

— FL360aero (@fl360aero) July 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kakitangan perkhidmatan bomba "tiba di tempat kejadian dalam masa beberapa minit dan dengan cekap memadamkan kebakaran, mengelakkan kerosakan lebih lanjut pada pesawat dan memastikan keselamatan semua 276 penumpang dan 21 anak kapal," tambahnya.
Penumpang turun menggunakan gelongsor kecemasan pesawat.
-- BERNAMA
#Saudia Airlines #kebakaran #penumpang selamat #lapangan terbang Peshawar
;