Penumpang Delta Air ditahan buka pintu pesawat, guna gelongsor kecemasan

Astro Awani
Mac 27, 2023 09:15 MYT
Insiden yang membabitkan pesawat Delta 1714 berlaku pada jam 10.40 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. - Gambar hiasan/Delta Air Lines
LOS ANGELES: Seorang penumpang Delta Air Lines ditahan selepas membuka pintu pesawat berkenaan dan menggunakan gelongsor kecemasan ketika pesawat itu sedang bersiap sedia untuk berlepas dari Los Angeles ke Seattle pada Sabtu.
Menurut Badan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), insiden yang membabitkan pesawat Delta 1714 berlaku pada jam 10.40 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di Amerika Syarikat (AS).
Pesawat Boeing 737 itu berada di landasan kapal terbang dan bersedia untuk berlepas ketika penumpang itu membuka pintu.
Penumpang berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Penumpang lain telah dipindahkan kepada satu lagi pesawat dan pihak kami meminta maaf atas kelewatan yang berlaku akibat insiden ini," kata FAA dalam satu kenyataan.
#Delta Air Lines #gelongsor kecemasan #penumpang #Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles
;