Penumpang dari Malaysia dikecualikan tindakan kuarantin di England, Wales

Nailah Huda
Ogos 7, 2020 11:19 MYT
Kelonggaran ini dijangka berkuat kuasa mulai Selasa, jam 4 pagi waktu tempatan. -REUTERS
Penumpang dari Malaysia dikecualikan menjalani kuarantin 14 hari di England dan Wales.
Menteri Pengangkutan British Grant Shapps ketika mengumumkan perkara itu berkata ia susulan penurunan angka kes positif COVID-19 di sini.
Kelonggaran ini dijangka berkuat kuasa mulai Selasa, jam 4 pagi waktu tempatan.
“Data menunjukkan kami kini boleh meletakkan Brunei dan Malaysia pada senarai Laluan Perjalanan Kerajaan ekoran penurunan kes positif koronavirus,” kata Grant Shapps menerusi Twitter pada Khamis.
“Mulai 4 pagi Selasa, penumpang yang tiba di England dari destinasi ini tidak lagi diwajibkan mengasingkan diri.”

Data shows that we are now able to add BRUNEI and MALAYSIA to the Governments Travel Corridor list following a decrease in confirmed cases of #coronavirus. From 04:00 on Tuesday, passengers arriving in England from these destinations will no longer be required to self-isolate.

— Rt Hon Grant Shapps MP (@grantshapps) August 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sejak 4 Julai lalu, Malaysia turut dikeluarkan daripada senarai negara yang tidak disaran dikunjungi warga British berdasarkan penilaian risiko COVID-19 terbaharu.
Laman web rasmi kerajaan UK berhubung nasihat perjalanan bagaimanapun masih belum dikemas kini dengan pengumuman terbaharu Shapps.
Dalam masa yang sama, penumpang yang tiba dari beberapa negara lain termasuk Andorra, dan Belgium pula kini diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.
“Data menunjukkan kita perlu keluarkan Andorra, Belgium dan The Bahamas daripada senarai Laluan Perjalanan Koronavirus bagi memastikan kadar jangkitan kekal rendah.
“Sekiranya anda tiba di UK selepas 4 pagi Sabtu dari mana-mana destinasi ini, anda perlu mengasingkan diri selama 14 hari,” kata Shapps.

Data shows we need to remove Andorra, Belgium and The Bahamas from our list of #coronavirus Travel Corridors in order to keep infection rates DOWN. If you arrive in the UK after 0400 Saturday from these destinations, you will need to self-isolate for 14 days.

— Rt Hon Grant Shapps MP (@grantshapps) August 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit Eropah turut mengisytiharkan Belgium sebagai “kod jingga” yang menandakan jumlah kes bagi setiap 100,000 penduduk mencecah 20 atau lebih selama dua minggu.
#Belgium #Britain #Brunei #COVID-19 #England #Grant Shapps #koronavirus #Malaysia #penerbangan #perjalanan #United Kingdom #Wales
;