Penumpang cemas bas dirempuh gajah

Astro Awani
Oktober 1, 2021 12:09 MYT
Seekor gajah dilihat cuba menyerang sebuah bas sementara pemandu berkenaan mengundurkan kenderaan itu. - Foto Twitter/@supriyasahuias
SEEKOR gajah merempuh sebuah bas sehingga menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan kenderaan itu.
Ketika kejadian di Nilgiris, India minggu lalu, bas berkenaan sedang membawa sebilangan pekerja awam dari Kotagiri ke Mettpalayam, lapor India Times.
Menurut Setiausaha Kanan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Perhutanan, Supriya Sahu, pemandu bas terbabit tetap tenang ketika diserang haiwan berkenaan.
"Saya sangat menghormati pemandu bas yang sangat tenang walaupun berdepan saat mencemaskan.
"Dia turut berjaya membawa kesemua penumpang ke tempat lebih selamat," katanya dalam catatan di akaun Twitter miliknya.
Dalam rakaman video yang dikongsi Supriya, seekor gajah dilihat cuba menyerang sebuah bas sementara pemandu berkenaan mengundurkan kenderaan itu.

Huge respect for the driver of this Government bus in Nilgiris who kept his cool even under the terrifying hits on the bus from an agitated tusker.He helped passengers move back safely, in an incident today morning. Thats why they say a cool mind works wonders VC- by a friend pic.twitter.com/SGb3yqUWqK

— Supriya Sahu IAS (@supriyasahuias) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bas berkenaan berhenti seketika sebelum haiwan itu menyerang dan menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan kenderaan terbabit.
Pemandu bas itu kemudian mengarahkan kesemua penumpang keluar daripada pintu belakang sebelum gajah itu menyerang sekali lagi.
Tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu.
#bas #gajah #rempuh #cermin
;