Penumpang berdepan detik cemas, harimau pecahkan tingkap kereta

Astro Awani
April 24, 2021 12:57 MYT
Harimau berkenaan telah dibawa ke pusat perlindungan haiwan untuk diperiksa sebelum dilepaskan ke kawasan hutan. - Foto AP
SEORANG pemandu wanita bersama penumpangnya berdepan detik cemas apabila seekor harimau melanggar kereta yang dinaiki mereka sehingga menyebabkan cermin tingkap pecah.
Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat di Mishan, China, seorang wanita dan seorang lelaki menjerit berkali-kali sambil mencari jalan untuk menyelamatkan diri.
Harimau berkenaan turut dilihat menyerang seorang petani yang dilaporkan hanya mengalami cedera ringan susulan kejadian itu.
Anggota polis dikerah ke tempat kejadian bagi jalankan menembak pelali.
Harimau berkenaan telah dibawa ke pusat perlindungan haiwan untuk diperiksa sebelum dilepaskan ke kawasan hutan.
Penumpang berdepan detik cemas, harimau pecahkan cermin kereta
#harimau #cermin #pecah #kereta #China
;