Penulis novel terkenal Judith Krantz meninggal dunia

Agensi
Jun 23, 2019 06:17 MYT
Judith Krantz meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya akibat sakit tua. - Foto AP/Deidre Hamill
Novelis dan bekas wartawan terkenal, Judith Krantz, yang menjadi kaya raya kerana tulisannya, meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menurut anak lelakinya, Krantz meninggal dunia kerana sakit tua.
Mendiang berusia 91 tahun.
Semasa hayatnya, Krantz pernah menulis untuk majalah popular termasuk Cosmopolitan dan Ladies Home Journal sebelum bakatnya dikesan dalam penulisan fiksyen.
Beliau meniti populariti menerusi penulisan fiksyen pada usia 50 tahun.
Novel terlaris beliau yang pertama ‘Scruples’ diterbitkan pada 1978, menjadikannya jutawan apabila sembilan hasil tulisannya yang lain menyusul.
Sebahagian daripada novel berkenaan turut dijadikan drama bersiri di televisyen.
Lain-lain judul novel Krantz termasuk ‘Princess Daisy’, ‘Mistral's daughter’ dan ‘Lovers’.
#Judith Krantz #lovers #meninggal dunia #Mistral's daughter #Princess Daisy #sakit tua #Scruples
;