Penulis Marianne Williamson umum bertanding jawatan Presiden AS 2024

Bernama
Februari 24, 2023 04:40 MYT
Williamson berkata dalam temu bual dengan Perkhidmatan Berita Medill bahawa beliau akan bertanding atas tiket Demokrat. - Foto/Twitter@marwilliamson
WASHINGTON: Penulis Amerika Syarikat (AS) Marianne Williamson pada Khamis mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden AS pada 2024.
Williamson berkata dalam temu bual dengan Perkhidmatan Berita Medill bahawa beliau akan bertanding atas tiket Demokrat, lapor Agensi Anadolu.
Penulis itu dijangka mengumumkan pencalonannya secara rasmi pada 4 Mac.
-- BERNAMA
#Marianne Williamson #bertanding pilihan raya Presiden #Amerika Syarikat #penulis