Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan

Bernama
Oktober 10, 2024 23:10 MYT
Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan pada Khamis, menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian. - Foto REUTERS
SEOUL: Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan pada Khamis, menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian, lapor Yonhap.
Akademi Sweden mengumumkan Han sebagai penerima anugerah tahun ini, mengiktiraf penulis berusia 53 tahun itu "untuk prosa puitisnya yang mendalam yang menghadapi trauma sejarah dan mendedahkan kerapuhan kehidupan manusia."
Han ialah wanita Asia pertama yang memenangi anugerah dalam bidang Kesusasteraan dan penerima Hadiah Nobel kedua dari Korea Selatan selepas bekas Presiden Kim Dae-jung yang dianugerahkan hadiah keamanan pada 2000.
-- BERNAMA
#Han Kang #Korea Selatan #Hadiah Nobel #kesusasteraan
;