Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Agensi
Ogos 12, 2022 01:30 MYT
Ogos 12, 2022 01:30 MYT
NEW YORK: Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.
Menurut Polis New York, suspek berkenaan yang merupakan seorang lelaki, telah meluru ke atas pentas dan menyerang Rushdie serta seorang lagi individu.
Berikutan serangan itu, dia telah mengalami kecederaan di bahagian leher akibat tikaman tersebut.
Rushdie, 75, dibawa ke hospital dengan sebuah helikopter, namun keadaannya belum diketahui.
Pihak polis memakluman, motif serangan juga masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun, suspek telah pun ditangkap.
Rushdie sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh kerana penulisan bukunya yang menghina kitab suci Al-Quran.
Buku kontroversi itu telah diharamkan di beberapa buah negara, termasuk fatwa hukuman bunuh terhadapnya turut dikeluarkan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini pada 1998.