Penularan di Sri Lanka semakin terkawal, sempadan dibuka bermula Ogos

Agensi
Jun 21, 2020 05:00 MYT
Situasi COVID-19 di negara itu semakin terkawal, bagaimanapun menasihati rakyatnya agar kekal berwaspada. - Reuters
Pegawai kesihatan Sri Lanka pada Ahad memaklumkan situasi COVID-19 di negara itu semakin terkawal, bagaimanapun menasihati rakyatnya agar kekal berwaspada.
Sri Lanka yang kini bersedia menyambut kedatangan pelancong antarabangsa bermula Ogos telah melonggarkan sekatan sepenuhnya sambil mengamalkan kehidupan normal baharu di kebanyakan wilayah.
Ketua Pengarah Kesihatannya, Anil Jasinghe berkata rakyat Sri Lanka "berpuas hati" dengan tindak balas pihaknya dalam tangani krisis tersebut ketika ini.
Pusat ibadat di negara itu kini telah dibenarkan dibuka semula. Ia termasuk dengan taman hidupan liar dan zoo, yang telah ditutup sejak bulan Mac. Bagaimanapun, sekolah dan universiti masih diarah tutup.
Dalam pada itu, kerajaan mengumumkan akan membuka semula sempadan bagi pelancong antarabangsa mulai 1 Ogos.
#amalkan kehidupan normal baharu #Anil Jasinghe #COVID-19 #kedatangan pelancong antarabangsa #koronavirus #pelancong #Sri Lanka
;