'Penting untuk Israel kawal Lintasan Rafah' - Netanyahu
Astro Awani
Julai 19, 2024 08:00 MYT
Julai 19, 2024 08:00 MYT
RAFAH: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tegaskan kawalan tenteranya ke atas Lintasan Rafah sebagai satu langkah strategik yang penting.
Kenyataan ini dibuat ketika beliau melawat Rafah.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut bertemu dengan pegawai kanan tentera dan melawat kedudukan pemerhati tentera yang menghadap ke Koridor Philadelphi.
"Saya difahami bahawa penguasaan Israel ke atas Koridor Philadelphi dan Lintasan Rafah adalah penting untuk diteruskan.
"Pada masa yang sama, tekanan tentera yang mereka (tentera israel) lakukan di sini, membanteras Hamas, membantu kita, bersama-sama dengan desakan teguh atas tuntutan adil kami, untuk mempercepat perjanjian pembebasan tebusan," katanya.
Katanya, tekanan oleh tentera Israel itu mampu mempercepat rundingan bersama Hamas untuk membebaskan tahanan.
Sementara itu di Rafah, penduduk berkata kereta kebal Israel kini mara ke bahagian yang lebih dalam di sebelah barat bandar dan mengambil kedudukan di puncak bukit di sana.
Tentera Israel dalam pada itu mendakwa, pasukannya telah menemui beberapa terowong dan membunuh beberapa lelaki bersenjata.