Pentagon zahir hasrat beli Starship untuk kegunaan misi sensitif

Amanz
Februari 4, 2024 12:27 MYT
Starship menjanjikan kargo boleh dihantar ke mana-mana lokasi di dunia dalam masa beberapa jam dan bukannya puluhan jam seperti sekarang. -Amanz
BEBERAPA ujian Starship yang dilakukan oleh SpaceX berakhir dengan kegagalan setakat ini sehingga menyebabkan Misi Artemis ke bulan ditangguhkan ke 2026.
Sungguhpun Starship masih belum terbukti boleh digunakan seperti yang dijanjikan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) sudah menghubungi SpaceX untuk membeli Starship bagi kegunaan misi sensitif ketenteraan.
SpaceX mengesahkan mereka telah dihubungi oleh pihak Pentagon.
Misi yang dilakukan menggunakan Starship ini tidak akan dikendalikan oleh SpaceX tetapi secara kendiri oleh DoD. Ia bukan sahaja melibatkan misi sensitif tetapi juga misi berbahaya.
Pada ketika ini SpaceX belum memberikan jawapan kepada permintaan DoD kerana kesemua misi yang dilakukan oleh mereka adalah perkhidmatan yang dibayar.
Dua tahun lalu pihak tentera Amerika Syarikat menganugerahkan kontrak untuk menggunakan SpaceX sebagai kapal angkasa pengangkut kargo.
Dalam situasi tertentu, bekalan penting mungkin perlu dihantar ke lapangan lebih pantas berbanding menggunakan pesawat kargo sedia ada.
Starship menjanjikan kargo boleh dihantar ke mana-mana lokasi di dunia dalam masa beberapa jam dan bukannya puluhan jam seperti sekarang. -Amanz
#Jabatan Pertahanan #Pentagon #SpaceX #Starship
;