Pentagon tidak setuju ancaman Trump untuk serang tapak kebudayaan Iran
Agensi
Januari 7, 2020 18:11 MYT
Januari 7, 2020 18:11 MYT
Ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran jika negara itu membalas dendam atas kematian komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu, tidak selari dengan keputusan Pentagon.
Jabatan Pertahanan AS sama sekali tidak bersetuju dengan Trump, yang menerusi akaun Twitternya membuat ancaman serangan ke atas tapak kebudayaan Iran.
Setiausaha Pertahanannya Mark Esper berkata, tentera negara itu tidak mempunyai rancangan untuk mengebom tapak kebudayaan Iran seperti mana yang dikatakan oleh Trump.
Keputusan itu selaras dengan undang-undang konflik bersenjata AS yang melarang serangan di tapak kebudayaan, sebaliknya akan mengikut undang-undang konflik bersenjata.
Trump pada 5 Januari lalu mengancam Tehran menerusi Twitternya:
"Ratusan penunjuk perasaan Iran. Kedutaan kita juga diserang. Iran sememangnya masalah kepada kita sekian lama. Anggaplah ini amaran, jika Iran menyerang sebarang warga Amerika, atau aset Amerika.
"Kami sudah menyasarkan 52 tapak milik Iran (mewakili 52 tawanan yang ditahan Iran sebelum ini). Sesetengah sasaran itu adalah tapak yang sangat penting bagi Iran dan kebudayaannnya. (Semua itu) akan dibedil dengan amat pantas dan keras!"
Iran dikatakan sedang merancang serangan balas ke atas Amerika Syarikat.
Ketegangan antara dua negara itu memuncak selepas serangan udara di Lapangan Terbang Baghdad menggunakan Dron Tentera AS mengorbankan Soleimani.
#Amerika Syarikat
#AS
#Baghdad
#Balas Dendam
#Donald Trump
#Iran
#ketegangan
#konflik
#serangan
#serangan udara
#Undang Undang