Pentadbiran Trump sedia masuk penggal kedua - Setiausaha Negara AS

Astro Awani
November 11, 2020 08:40 MYT
Mike Pompeo, Setiausaha Negara Amerika Syarikat. - Gambar fail
WASHINGTON: SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mengesahkan pentadbiran Donald Trump kini bersedia memasuki penggal kedua.
Beliau juga yakin peralihan itu bakal berjalan lancar.
“Ia akan menjadi proses peralihan yang lancar bagi penggal kedua Trump. Dunia kini memerhati. Kami akan memastikan semua undi dikira.
“Apabila proses itu selesai, yang dipilih akan diisytihar pemenang. Perlembagaan menyatakannya dengan jelas.
“Saya yakin kami akan melakukan semua yang perlu untuk memastikan kerajaan Amerika Syarikat kekal berfungsi,” katanya.
Jelas Pompeo, Trump akan kekal dipilih sebagai presiden sebaik semua undi selesai dikira.
Keyakinan itu kata Pompeo, adalah berpandukan perlembagaan Amerika Syarikat.
#Amerika Syarikat #kerajaan #Mike Pompeo #pilihan raya presiden #pentadbiran #peralihan kuasa #Joe Biden #Donald Trump
;