Pentadbiran Trump 'intai' tanah Artik sebelum Biden masuk White House
Agensi
November 18, 2020 09:00 MYT
November 18, 2020 09:00 MYT
WASHINGTON: Pasukan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin meminta syarikat-syarikat tenaga mengenal pasti kawasan tanah di Zon Perlindungan Hidupan Liar Artik untuk dijual.
Reuters melaporkan Jabatan Hal Ehwal Negara menyatakan sebarang pencalonan dan maklumat tentang kawasan tanah itu perlu diterima dalam tempoh 30 hari selepas ia diterbitkan dalam daftar negara AS.
Pencalonan kawasan-kawasan itu dijadual untuk disiarkan pada Selasa, namun salah satunya sudah diumum pada Isnin.
Tindakan pentadbiran Trump itu disifatkan sebagai strategi untuk membeli kawasan cari gali minyak di zon yang sebelum ini tidak diteroka di Artik.
Itu perlu dilakukan sebelum Joe Biden, yang pendiriannya membantah pembangunan industri tenaga, memulakan tugas di White House.
Kerja cari gali sudah diharamkan di Zon Perlindungan Hidupan Liar Artik selama berdekad-dekad sebelum penggubal undang-undang percukaian dari parti Republikan menarik semula pengharaman itu pada 2017.
Penggiat undang-undang di Alaska selama ini sudahpun mendesak agar kawasan ekologi tersebut dibuka untuk penerokaan minyak dan gas.
Susulan tempoh 30 hari untuk pencalonan itu, pentadbiran Trump perlu mengeluarkan notis penjualan sewa beli yang akan berlaku.
Proses penjualan pula akan dibuat dalam tempoh 30 hari lagi selepas itu, sebelum Biden mengangkat sumpah pada 20 Januari 2021.
#Alaska
#cari gali minyak
#zon hidupan liar
#Joe Biden
#Donald Trump
#Zon Perlindungan Hidupan Liar Artik