Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump
Nabilah Khaleeda
Jun 28, 2024 10:50 MYT
Jun 28, 2024 10:50 MYT
CALON Presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membidas kenyataan Presiden Joe Biden mengenai siapa yang lebih baik dalam mengurus ekonomi negara.
Trump menegaskan bahawa di bawah pentadbirannya, ekonomi negara mencapai prestasi terbaik, dengan banyak negara mengagumi kejayaan tersebut.
Sebaliknya, Trump mendakwa bahawa inflasi yang tinggi kini adalah akibat daripada perbelanjaan berlebihan pentadbiran Biden, menyifatkannya sebagai pentadbiran paling teruk dalam sejarah.
“Saya menyerahkan kepada mereka sebuah negara di mana pasaran sahamnya lebih tinggi berbanding sebelum COVID-19.
“Satu-satunya pekerjaan yang pernah dia cipta adalah untuk pendatang haram, dan pekerjaan yang pulih semula selepas COVID-19.
“Sebaliknya, Biden mengambil kredit atas pemulihan pekerjaan yang sebenarnya adalah hasil usaha pentadbiran kami.
Selain itu, Trump mendakwa inflasi yang tinggi kini adalah akibat daripada perbelanjaan berlebihan pentadbiran Biden.
“Mereka membelanjakan wang seperti sekumpulan manusia yang tidak tahu apa yang mereka lakukan, dan mereka memang tidak tahu apa yang mereka lakukan.
“Dasar mandat vaksinnya hanya membebankan negara dan menyebabkan lebih banyak kematian," tambahnya.
Debat presiden AS pertama kali diadakan antara Biden dan Trump pada Khamis.