Penny Mordaunt umum jadi calon Perdana Menteri UK
Bernama
Oktober 22, 2022 11:37 MYT
Oktober 22, 2022 11:37 MYT
LONDON: Pemimpin Dewan Rakyat Britain Penny Mordaunt pada Jumaat menjadi orang pertama yang mengumumkan hasratnya untuk menjadi calon perdana menteri Britain.
"Saya mendapat galakkan dan sokongan daripada rakan seperjuangan yang mahukan permulaan baharu dan parti yang bersatu demi kepentingan negara.
"Saya bertanding untuk menjadi ketua Parti Konservatif dan perdana menteri anda...untuk menyatukan negara kita, menunaikan ikrar kita dan memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya menerusi Twitter, lapor Agensi Anadolu.
Dua lagi calon yang mungkin akan menjadi calon untuk jawatan itu ialah bekas Canselor Rishi Sunak dan bekas Perdana Menteri Boris Johnson.
Pemilihan perdana menteri baharu itu susulan peletakan jawatan Liz Truss selepas hanya 44 hari memegang jawatan itu sekali gus menjadikannya perdana menteri Britain paling singkat berkhidmat dalam sejarah.
Pencalonan untuk jawatan itu dibuka bermula Khamis hingga 2 petang Isnin.
-- BERNAMA