Penjujukan genom di seluruh dunia kesan varian COVID-19
Astro Awani
Julai 7, 2021 07:54 MYT
Julai 7, 2021 07:54 MYT
LONDON: Britain akan memberikan sokongan kajian penjujukan genom ke Brazil, Habsyah, Kenya, Nigeria, Pakistan dan Singapura untuk membantu mengenal pasti, menilai dan mengesan varian baharu COVID-19.
Virus itu telah membunuh 4 juta orang di seluruh dunia sejak ia muncul di China pada akhir 2019 dan bermutasi setiap beberapa minggu sekali yang memerlukan penyesuaian terhadap vaksin.
Public Health England (PHE) akan memberi sokongan kepada rakan Britain melalui Program Platform Penilaian Varian Baharu yang mengesan perubahan virus.
Kira-kira satu pertiga daripada semua urutan koronavirus yang dihantar ke pangkalan data GISAID mengenai virus influenza berasal dari United Kingdom.
Setiausaha Luar UK, Dominic Raab berkata, UK adalah kuasa besar sains dan menyokong terhadap perjuangan di seluruh dunia bagi melawan pandemik.
Pegawai Kesihatan Britain berkata, pengawasan genom yang mantap sangat penting untuk mengenal pasti varian baharu COVID-19 dan mengatasinya.
PHE telah menyusun sampel dari Ukraine, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Albania dan program ini akan dipanjangkan.