RAMALLAH: "Selamat datang ke neraka" itulah kata-kata yang dilontarkan seorang pegawal penjara rejim Israel kepada penduduk Palestin Fouad Hassan ketika dia di bawa ke penjara Megiddo, di Israel pada 5 Nov lalu.
Walaupun hanya ditahan beberapa hari, kata-kata itu masih segar dalam ingatannya. Memang benar penjara itu bagaikan neraka dan Fouad Hassan menyaksikan sendiri bagaimana tahanan Palestin diseksa dengan kejam oleh tentera penceroboh Israel.
Setiap tahanan pasti mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk penyeksaan dan ada yang terpaksa menderita pelbagai jenis penyeksaan sebaik ditahan sehinggalah disumbat ke dalam sel tahanan, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
"Ia tragedi yang amat dahsyat yang pernah saya alami," katanya menerusi rakaman audio yang dihantar kepada WAFA.
Beliau yang berasal dari daerah Qasra, wilayah Nablus, Tebing Barat, patah tiga tulang rusuk akibat dipukul pengawal penjara hanya kerana enggan mencium dan mengibar bendera Israel.
Menurut Fouad, ada tahanan yang patah kaki dan cedera di tangan akibat digigit anjing.
"Semua hanya kerana keengganan kami cium dan pegang bendera (Israel) sambil gambar mereka dirakamkan," katanya.
Penyeksaan yang sungguh tidak berperikemanusiaan turut dikongsi keluarga Moaz Amarneh, wartawan Palestin yang hilang mata kiri akibat ditembak penembak tepat Israel semasa sedang membuat liputan pada tahun 2019.
Beliau ditangkap bersama sembilan rakyat Palestin lain dalam satu operasi runtin tentera Zionis di Bethlehem, Tebing Barat pada 16 Okt lalu.
Beliau kini ditahan di penjara Megiddo.
Seorang ahli keluarga Moaz berkata peguam memaklumkan kepada mereka yang Moaz mengalami kecederaan teruk di kepala dan lebam seluruh badan. Pihak pentadbiran penjara langsung tidak menghubungi mereka.
"Mereka sengaja memukul kepala Moaz. Mereka bukan tidak tahu kecederaannya tapi sengaja memukul kepalanya. Mereka juga enggan hantar dia ke hospital mahupun memberinya ubat bagi redakan kesakitannya.
"Peguam juga memberitahu, dia terpaksa tidur di atas lantai dalam bilik yang penuh sesak dengan tahanan lain," kata keluarganya.
Sebelum ini, pihak pentadbiran penjara juga telah menolak permohonan untuk membenarkan ubat-ubatan yang diperlukan Moaz dibawa masuk.
Menurut keterangan tahanan yang dibebaskan dan laporan pertubuhan hak asasi manusia, penindasan terhadap tahan rakyat Palestin semakin berleluasa sejak 7 Okt lalu, menyebabkan beberapa kes tahanan maut dan lebih ramai yang ditahan.
Setakat ini, lima kematian tahanan Palestin di penjara Israel direkodkan termasuk Abd al-Rahman Mar'i, 22, dari Salfit, Omar Daraghmeh, 58, (dari Tubas), Arafat Hamdan, 25, (dari Ramallah) dan Majed Zaqoul, 32, (dari Gaza) dan seorang lagi identitinya masih belum didedahkan oleh Israel, lapor WAFA.
Sementara itu, seorang lagi bekas tahanan penjara Megiddo, Ali Saleh Hathnawi, berkata ada beberapa banduan yang berharap lebih baik mereka ditembak mati atau digantung daripada perlu melalui pelbagai seksaan setiap hari.
Pemuda dari Qabatiya, Jenin itu menceritakan tahap penyeksaan yang diterimanya amat dahsyat sehingga merasa mati adalah lebih baik.
Mereka sering dipukul di bahagian kepala dan anggota badan yang sensitif seolah sengaja mahu menyebabkan kecederaan kekal kepada tahanan.
"Sebelum dibebaskan, saya bertemu banduan yang patah tangan dan hidung. Saya juga melihat beberapa utas tali pinggang yang berlumuran darah di atas lantai. Ada juga beberapa banduan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat dipukul dengan tali pinggang di kepala.
"Belum termasuk provokasi lain seperti maki hamun, cacian, cercaan berulang kali, tidak diberi makan, barang-barang keperluan dan hak milik peribadi dimusnahkan...," katanya.
Beliau berkata tahanan dipaksa mencium bendera Israel, jika enggan mereka akan dipukul berkali-kali terutama di bahagian kepala dan selalunya akan dipijak oleh pengawal sebelum diambil gambar.
Yayasan Penjagaan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin "Addameer" mendedahkan bahawa pentadbiran penjara Israel memperlakukan tahanan Palestin dengan kasar dan tanpa perikemanusiaan termasuk memukul, mengurung dalam sel gelap, memotong bekalan elektrik dan air, menghalang lawatan peguam dan keluarga, memberi makanan yang sangat sedikit dan basi, serta menutup klinik di penjara.
"Pentadbiran penjara juga tidak membenarkan pesakit dipindahkan ke klinik dan hospital selain menghalang lawatan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah," menurut yayasan itu.
Sebelum ini, Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Pemuda dari Qabatiya, Jenin menceritakan tahap penyeksaan yang diterimanya amat dahsyat sehingga merasa mati adalah lebih baik. - Gambar Sinar Harian
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
5 rakyat Palestin, termasuk 4 kanak-kanak, terbunuh serangan udara Israel di Jabalia
Lima rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah kediaman di bandar Jabalia, utara Gaza.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
UNRWA kecam keputusan Knesset Israel, beri amaran kesan buruk kepada Palestin
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengecam keputusan Israel yang melarang agensi itu beroperasi di negara berkenaan.
Pemimpin PBB bidas tindakan Israel larang UNRWA beroperasi di Palestin
Beberapa negara Eropah memberi reaksi di media sosial selepas Israel meluluskan undang-undang melarang agensi pelarian Palestin PBB, (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Palestin.
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, utara Gaza
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas.
Liga Arab adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin pada Selasa
Liga Arab mengumumkan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada Selasa di Kaherah.
Pelapor khas PBB kecam kenyataan menteri Jerman mengenai serangan ke atas rakyat Palestin
Pelapor Khas PBB mengenai Palestin, Francesca Albanese mengecam tindakan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock yang mempertahankan pengeboman Israel.
Ribuan penduduk terperangkap di utara Semenanjung Gaza akibat serangan Israel
Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak enam hari lalu.
Setahun genosid Gaza: Naratif yang tidak seimbang
Genap setahun konflik Gaza pada Isnin (7 Oktober), kebanyakan media Barat memberi tumpuan kepada serangan berterusan Israel di Gaza dan Lubnan.
Setahun genosid Gaza: Negara Islam perlu cuba hentikan perang terhadap Gaza - Kedutaan Iran
Negara Islam perlu menggunakan kesepakatan dalam menyokong rakyat Palestin sebagai peluang untuk menghentikan perang habis-habisan terhadap Gaza dan genosid oleh Israel, menurut kenyataan dari Kedutaa