Penjara Britain sesak dengan penunjuk perasaan antiimigran

Astro Awani
Ogos 20, 2024 09:45 MYT
Starmer ketika mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Khas Polis Metropolitan di London. - Foto AP
LONDON: Britain terpaksa menempatkan suspek jenayah di dalam lokap polis selepas penjara di seluruh negara sesak dengan ribuan penunjuk perasaan yang ditahan ekoran bantahan atau rusuhan antiimigran bulan ini.
Kerajaan Perdana Menteri, Keir Starmer memaklumkan, langkah itu terpaksa dilakukan selepas lebih 1,100 suspek keganasan perkauman yang ditahan, memburukkan lagi kesesakan di penjara.
Starmer berkata, ia mungkin memaksa pembebasan banduan lebih awal.
Laporan menyebut, langkah sementara itu bermakna, suspek kes jenayah hanya akan dihadapkan ke mahkamah apabila terdapat kekosongan di sebuah daripada 100 penjara dan sehingga itu, mereka akan ditahan di lokap.
Menteri Hal Ehwal Penjara, Parol dan Tempoh Percubaan, James Timpson mengakui United Kingdom berdepan krisis kehakiman.
Akibatnya, pihak penjara terpaksa membuat keputusan sukar tetapi perlu untuk memastikan sistem ini terus beroperasi.
Britain mempunyai kadar penahanan tertinggi di Eropah Barat dengan jumlah banduan meningkat dengan mendadak sejak pandemik COVID-19.
Ini disebabkan antaranya, hukuman yang lebih lama, kelewatan prosiding mahkamah dan keperluan bagi pesalah serius untuk menjalani sekurang-kurangnya 65 peratus daripada hukuman mereka di penjara.
Starmer pada bulan lalu mengumumkan, kebanyakan banduan layak dibebaskan selepas menjalani 40 peratus daripada tempoh hukuman dikenakan di penjara, berkurangan dari 50 peratus sebelum ini, sekali gus menambahkan kesesakan di penjara.
#suspek jenayah #lokap #penjara #rusuhan antiimigran
;