Penjara 6 tahun untuk penyeludupan pencari suaka

Astro Awani
Februari 21, 2013 08:13 MYT
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang warga Afghanistan atas kesalahan penyeludupan pencari suaka ke Australia.
Dawood Amiri didapati bersalah kerana menyalahi undang-undang imigrasi dan bekerjasama dengan sindikit antarabangsa untuk menyeludup pencari suaka dari Indonesia ke Australia.
Mahkamah juga mendapati Dawood terlibat dengan usaha membawa pencari suaka terbabit menggunakan bot sebelum karam, menyebabkan 90 kematian.
Pihak pendakwa meminta agar mahkamah mengenakan hukuman penjara yang lebih lama kerana mendakwa defendan tidak menghentikan pelayaran mereka ke Australia walaupun sudah mengetahui bot yang digunakan sudah terlebih muatan.
Dawood, 20, turut diarah membayar denda $79,000 (RM 244,623.70).
Dia datang ke Indonesia tiga tahun lalu. Sebelum ini, dia sudah tiga kali menyeludup masuk kumpulan pencari suaka ke Australia, melalui Indonesia.
#Australia #Indonesia #Pencari Suaka
;