Penjaga gol handalan Indonesia Choirul Huda maut bertembung rakan sepasukan
Agensi
Oktober 16, 2017 08:17 MYT
Oktober 16, 2017 08:17 MYT
SEORANG penjaga gol sebuah kelab ternama di Indonesia meninggal dunia selepas bertembung dengan rakan sepasukan dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad.
Choirul Huda disahkan meninggal dunia sejurus dikejarkan ke hospital susulan perlanggaran itu.
Lapor BBC, jurucakap Persela FC mengesahkan Choirul mengalami kecederaan serius di dada dan rahang susulan hentakan kuat ketika insiden berlaku.
Laporan awal perubatan pula menyebut kegagalan fungsi kepala dan leher menjadi punca kematian Choirul yang telah melakukan 500 penampilan dengan Persela FC.
Pada perlawanan tersebut Persela FC berjaya membenam lawan Semen Padang 2-0.