Peningkatan serangan ke atas orang awam di Syria

Astro Awani
Disember 23, 2012 07:10 MYT
Peningkatan serangan ke atas orang awam pada Ahad dilakukan ketika utusan khas PBB Liga Arab, Lakhdar Brahimi berada di bumi Syria.
Beliau dikatakan akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Bashar Al Assad pada Isnin.
Butiran lanjut mengenai agenda perbincangan tidak didedahkan.
Sementara itu, Damsyik sekali lagi menyangkal dakwaan ia akan menggunakan senjata kimia bagi memerangi kumpulan anti kerajaan.
Menurut Omran Al-Zoubi, Menteri Penerangan Syria, “Sekiranya Syria memiliki senjata kimia, ia tidak akan menggunakannya. Ia tidak akan digunakan terhadap rakyatnya sendiri dan di sekitar sempadan negara. Tidak di dalam negara mahu pun di luar sempadan negara. Kami tidak akan menggunakan.”
Pada sidang akhbar yang diadakan, Al-Zoubi memaklumkan dia tidak menyedari kedatangan Brahimi ke Syria.
#Bashar Al Assad #lakhdar brahimi #omran al-zoubi #serangan #Syria
;