KUPANG: Ratusan pengusaha perniagaan berteraskan pelancongan di Taman Negara Komodo memulakan gerakan protes selama sebulan bermula Isnin (1 Ogos) selepas pemerintah Indonesia mengenakan kenaikan harga yang tinggi bagi kemasukan ke santuari reptilia purba itu.
AFP melaporkan, tindakan Jakarta menaikkan harga tiket sehingga 18 kali ganda ke pulau paling popular di taman negara itu bertujuan untuk mengehadkan pengunjung sekali gus melindungi biawak Komodo.
Biawak terbesar di dunia dengan jolokan nama 'naga Komodo' itu semakin diancam dengan pendedahan keterlaluan kepada manusia selain kesan perubahan persekitaran.
Langkah kenaikan harga itu, yang berkuat kuasa pada Isnin, menyaksikan bayaran masuk ke Pulau Komodo dan Pulau Padar di Nusa Tenggara melonjak, dari 200,000 Rupiah (RM60) kepada 3.75 juta Rupiah (RM1,125).
Perubahan ketara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan yang bergantung harap pada pelancongan, yang baru saja hendak mendapat rentak selepas mengharungi tempoh pandemik.
"Kami tidak ada pilihan lain. Kami telahpun mengadukan pendapat rasional dan hujah kami, namun pemerintah tidak mendengarnya.
“Kami menyokong hal konservasi Komodo namun berikanlah penyelesaian yang lebih baik, supaya kita boleh melindungi biawak Komodo ini serta pengusaha dan penduduk tempatan yang bergantung pada industri pelancongan,” luah seorang pengusaha rombongan di Labuan Bajo, Servianus Setiawan.
Kebanyakan mereka bimbang dengan harga baharu itu, para pelancong yang datang akan berkurangan dengan ketara, lebih-lebih lagi pelancong dengan bajet sederhana dan rendah.
Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Laiskodat, bagaimanapun berkata, penetapan harga baharu itu akan terus dilaksanakan meskipun berdepan protes orang ramai.
"Kami akui bahawa pemberitahuan umum tentang harga baharu tidak dibuat dengan baik. Kami akan sampaikan kepada mereka dengan lebih baik selepas ini sambil memantau situasi," katanya.
Sekurang-kurangnya 700 pekerja terlibat dalam tunjuk perasaan yang bakal berlangsung sepanjang bulan Ogos, kata Servianus.
'Naga' Komodo hanya boleh ditemui di taman negara berkenaan dan di Pulau Flores yang berdekatan. Sehingga kini, hanya terdapat sejumlah 3,458 ekor komodo yang masih berada dalam habitat liar, menurut data Kesatuan Antarabangsa bagi Konservasi Alam.
Agensi
Mon Aug 01 2022
Kebanyakan pengusaha pelancongan bimbang jika dengan harga baharu itu, para pelancong yang datang ke Taman Negara Komodo akan berkurangan dengan ketara. - Unsplash
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo
Seorang pekerja sebuah resort di Indonesia dilaporkan parah selepas diserang oleh seekor biawak Komodo.
Biawak komodo... ingin jenguk perlu bayar AS$1,000?
Pihak berkuasa Indonesia kini menetapkan bayaran yuran sebanyak AS$1,000 bagi pelancong yang ingin melihat dari dekat habitat biawak Komodo di Pulau Komodo.