Pengurangan subsidi bahan api di Indonesia satu langkah berani - Penganalisis ekonomi

Astro Awani
November 18, 2014 13:44 MYT
Langkah ini juga merupakan satu langkah yang baik dalam mengukuhkan mata wang negara tersebut, kata Dr Nazri. - Gambar Fail
Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Isnin mengumumkan pengurangan ketara subsidi bahan api di republik itu.
Ia disifatkan satu tindakan berisiko selain tidak popular dalam usahanya walaupun dibuat untuk mengatasi masalah kewangan Indonesia sebagai ekonomi terbesar di Asia Tenggara.
Menaikkan harga bahan api petrol dan diesel sehingga 30 peratus adalah satu langkah yang berani, kata Penganalisis Ekonomi dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan.
Kata Dr Nazri, langkah ini juga merupakan satu langkah yang baik dalam mengukuhkan mata wang negara tersebut.
“Ini langkah yang berani kerana bakal memberi tekanan kepada rakyat Indonesia. Namun langkah ini juga bakal mengukuhkan bon dan rupiah Indonesia.
“Bila subsidi dikurangkan sekali gus beban subsidi Indonesia akan berkurangan dan bakal menarik keyakinan pelabur,” kata Dr Nazri ketika dihubungi Astro AWANI.
Ikuti temubual penuh di sini.
#Dr Nazri Khan #harga minyak #Joko Widodo #Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank #Presiden Indonesia
;