Pengurangan penggunaan bahan api fosil akan burukkan masalah kemiskinan tenaga - CEO Rosneft
Bernama
Jun 8, 2024 20:36 MYT
Jun 8, 2024 20:36 MYT
ST. PETERSBURG: Mengurangkan penggunaan global bahan api fosil akan secara automatik memburukkan lagi masalah kebuluran dan kemiskinan tenaga, kata Ketua Pegawai Eksekutif gergasi minyak Rusia, Rosneft Igor Sechin pada Sabtu.
Beliau pada Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) berkata promosi agresif agenda hijau akan bermakna mengisytiharkan perang tenaga ke atas majoriti penduduk dunia.
Sechin menyatakan bahawa negara-negara membangun di Asia dan Afrika, di mana pertumbuhan populasi terbesar menunjukkan permintaan yang tinggi untuk tenaga, lapor Sputnik.
Selain itu, Sechin menyuarakan kebimbangan pengguna mengenai bekalan tenaga yang tidak terganggu dan kebolehpercayaan teknologi, kerana strategi peralihan "hijau" tidak mengambil kira aspek itu.
Bandar St. Petersburg di Rusia menjadi tuan rumah edisi ke-27 SPIEF dari 5-8 Jun.
Tahun lepas, forum itu menarik 17,000 peserta dari 130 negara dan menyaksikan penandatanganan lebih 900 perjanjian.
-- BERNAMA