Pengunjung zoo panik, gorila terlepas dari kandang di China

Agensi
Julai 14, 2019 12:07 MYT
Suasana zoo di bandar Heifei, China berubah menjadi kecoh secara tiba-tiba apabila seekor gorila terlepas dari kandang. Gambar fail
Suasana zoo di bandar Heifei, China berubah menjadi kecoh secara tiba-tiba apabila seekor gorila terlepas dari kandang dan berkeliaran di sekitar premis itu dalam satu kejadian pada Jumaat.
Yang Yang yang merupakan seekor gorila jantan berusia 12 tahun dilaporkan terlepas dari kandang selepas diberi makan sebatang buluh.
Menurut laporan SCMP, semasa kejadian, pengunjung hanya mampu memandang haiwan itu dengan pandangan yang pelik sebelum seorang penjinak haiwan dipanggil untuk memburunya.
Pada masa sama, petugas zoo turut sama dikerah untuk membantu pengunjung keluar dari premis itu bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Pihak zoo turut menghubungi pasukan khas, Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) sebelum Yang Yang berjaya dipujuk dan kemudiannya dilihat memasuki kandang haiwan lain untuk berehat.
Sementara itu, unit Black Panthers turut bertindak dengan menembak haiwan itu menggunakan pelali pada bahagian bahu sebelum ia tertidur.
Seorang kakitangan zoo berkata, kejadian itu bukan yang pertama berlaku sejak gorila berkenaan dibawa ke premis berkenaan pada tahun 2008.
#China #gorila #gorila terlepas zoo #kandang #SWAT #Yang Yang #zoo
;