Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan

Astro Awani
Julai 3, 2022 22:15 MYT
Suspek berusia 22 tahun ditahan sejurus selepas kejadian. - Foto AP
COPENHAGEN: Beberapa orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen pada Ahad.
Menurut Ketua Polis, Soren Thomassen, seorang lelaki berusia 22 tahun turut ditahan.
"Beberapa orang cedera dan kami tahu ketika ini beberapa mangsa telah meninggal dunia.
"Polis telah melancarkan operasi mencari individu lain yang mungkin terlibat dalam insiden ini di seluruh daerah Zealand," katanya
Thomassen enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.
Namun beliau berkata serangan tersebut mungkin ada kaitan dengan keganasan.
Doktor di Hospital Rigshopitalet memberitahu beberapa mangsa telah menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan.
Beberapa doktor tambahan termasuk pakar bedah dan jururawat telah dipanggil bagi merawat mangsa.
#tembakan #beli-belah #keganasan #meninggal dunia