Pengunjung panik premis Ikea diarah tutup serta-merta akibat COVID-19

Astro Awani
Ogos 16, 2022 12:19 MYT
Beberapa video di media sosial menunjukkan pelanggan menjerit dan menolak antara satu sama lain dalam cubaan melarikan diri dari bangunan itu sebelum pintu ditutup. - Foto Twitter/@DonnaWongHK
SHANGHAI: Pengunjung sebuah pasar raya perabot terkemuka di China panik dan cuba meluru keluar apabila premis itu diarahkan tutup serta-merta akibat jangkitan COVID-19.
Dalam kejadian pada Sabtu, pasar raya Ikea di Shanghai diarah tutup selepas pihak berkuasa kesihatan bandar menemukan bukti kontak rapat kes COVID-19 di lokasi.
Beberapa video di media sosial menunjukkan pelanggan menjerit dan menolak antara satu sama lain dalam cubaan melarikan diri dari bangunan itu sebelum pintu ditutup.
Difahamkan pengunjung yang tidak sempat keluar terpaksa menjalani kuarantin di kem tahanan.
Dalam taklimat akhbar pada Ahad, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan berkata kedai dan kawasan terjejas akan berada di bawah pengurusan 'lingkaran tertutup' selama dua hari.
Mereka yang berada di dalam lingkaran itu perlu menjalani kuarantin dua hari di fasiliti kerajaan dan pengawasan kesihatan selama lima hari.

Ikea furniture store in #Shanghai Xujiahui District suddenly announced lockdown after the detection of 1 Covid positive. 300+ shoppers frantically pushed their way out to escape. The remaining shoppers unluckily trapped inside were forced to the quarantine concentration camps. pic.twitter.com/DmUHhUPk4x

— Northrop Gundam (@GundamNorthrop) August 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Isnin, pihak berkuasa kesihatan bandar itu melaporkan enam kes COVID-19 tempatan di Shanghai, di mana lima daripadanya tidak menunjukkan gejala.
Pasar raya Ikea di daerah Xuhui di Shanghai ditutup untuk sementara pada Ahad dan Isnin sebagai reaksi kepada "garis panduan pencegahan wabak" oleh pihak berkuasa dan dibuka semula pada Selasa, lapor CNN.
Shanghai, ibu kota kewangan China dengan populasi 25 juta, menjalani perintah berkurung selama dua bulan awal tahun ini.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila penduduk melaporkan kesukaran memesan barang keperluan harian termasuk makanan dan ubat-ubatan.
Perintah berkurung dikenakan di bawah polisi tegas 'Sifar-COVID' China, yang bergantung kepada ujian besar-besaran, kuarantin secara meluas, dan perintah berkurung di seluruh bandar untuk menghapuskan penularan semula virus.
#Ikea China #COVID-19 #pasar raya ditutup serta-merta #pengunjung panik
;