Pengundian bermula dalam Pilihan Raya Presiden Tunisia

Bernama
Oktober 6, 2024 04:30 MYT
Petugas pilihan raya membuka peti undi untuk mengira kertas undi selepas selesai proses pengundian di Tunis, Tunisia, 6 Okt 2024. (Foto AP)
TUNIS: Pusat pengundian bagi Pilihan Raya Presiden Tunisia dibuka pada Ahad di 24 wilayah negara ini, menurut Pihak Berkuasa Peringkat Tinggi Bebas bagi Pilihan Raya Tunisia, lapor Xinhua.
Pengundian bermula pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan (0700 GMT) dan ditutup pada pukul 6.00 petang waktu tempatan (1700 GMT) di 5,013 pusat pengundian dan 9,669 stesen pengundian di seluruh negara.
Seramai 9,753,217 orang layak mengundi untuk memilih presiden baharu daripada tiga calon: penyandang Presiden, Kais Saied yang bertanding untuk penggal kedua selama lima tahun; Zouhair Maghzaoui, Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat dan Ayachi Zammel, Setiausaha Agung Gerakan Azimoun, yang masih dalam tahanan atas dakwaan penyelewengan berkaitan pilihan raya.
Keputusan akhir Pilihan Raya Presiden akan diumumkan selewat-lewatnya pada 9 Nov.
Tunisia mengadakan Pilihan Raya Presiden setiap lima tahun.
-- BERNAMA
#Tunisia #Pilihan Raya Presiden Tunisia #pilihan raya #Presiden Tunisia
;