Pengumpul lebih seribu karya seni bernilai tinggi meninggal dunia
Astro Awani
Mei 7, 2014 09:23 MYT
Mei 7, 2014 09:23 MYT
Seorang pengumpul dari Jerman yang menggemparkan dunia apabila memiliki lebih 1,000 karya seni bernilai tinggi, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Cornelius Gurlitt yang mencetuskan kontroversi global berikutan memiliki hasil seni yang dirampas oleh Nazi, meninggal dunia di pangsapurinya di Munich.
Gurlitt sebelum itu menjalani pembedahan jantung.
Mendiang mencetuskan kontroversi apabila pihak berkuasa menemui 1,280 lukisan karya pelukis terkenal.
Gurlitt ketika itu disiasat kerana cubaan mengelak cukai import.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menemui lukisan di dalam pangsapuri Gurlitt.
Antaranya karya Pablo Picasso, Henri Matisse dan Marc Chagall.
Gurlitt dikatakan mewarisi lukisan tersebut daripada bapanya, Hildebrand Gurlitt.
Pihak berkuasa Jerman menerima kritikan komuniti yahudi dan pakar seni kerana tidak mendedahkan penemuan itu lebih awal.
Siasatan awal mendapati, sekurang-kurangnya 458 daripada jumlah itu adalah lukisan yang dicuri oleh Nazi.