Pengikut Naqsyabandiah di Sumatera mula puasa hari ini

Agensi
Jun 27, 2014 12:06 MYT
Pengikut Naqsyabandiah di Sumatera mula puasa hari ini
Penganut tarekat Naqsyabandiah di Sumatera Barat mula berpuasa hari ini selepas jemaah itu menetapkan permulaan Ramadan melalui perkiraan hisab mengikut kalendar tarekat itu, lapor agensi berita Antara.
Perkiraan hisab itu menetapkan permulaan hari pertama puasa adalah 360 hari selepas 1 Ramadan pada tahun sebelumnya.
Lebih 5,000 pengikut tarekat itu di sekitar Padang malam tadi menunaikan solat sunat tarawih sebagai memulakan ibadah khusus bulan yang mulia itu.
Kementerian Agama Indonesia menetapkan pengesahan tarikh permulaan puasa dengan melihat anak bulan akan dibuat pada petang ini dalam satu sidang yang dijadual disertai oleh badan-badan agama serta wakil Lembaga Aeronautik dan Angkasa Nasional.
Muhammadiyah, pertubuhan umat Islam kedua terbesar di republik itu, minggu lalu mengumumkan akan mula berpuasa pada Sabtu.
Kumpulan umat Islam yang terbesar, Nahdlatul Ulama (NU) pula akan berpuasa pada Ahad selepas menetapkan hari terakhir Syaaban jatuh pada Sabtu. -- Agensi
#Naqsyabandiah #puasa
;