Penghormatan terakhir buat Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee

Khairunnisa Kasnoon
Oktober 26, 2020 21:00 MYT
Suasana pada majlis pengebumian mendiang Lee Kun-hee pada pagi Isnin. -Reuters
SEOUL: Mendiang Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee diberi penghormatan terakhir pada pagi Isnin.
Majlis pengebumian Kun-hee dihadiri pemimpin syarikat dan ahli politik.
Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Nak-yon termasuk barisan pemimpin Parti Demokratik yang turut hadir mengucapkan terima kasih atas sumbangan Kun-hee dan menyifatkan kejayaan mendiang satu kebanggaan kepada negara.
Kun-hee, 78, meninggal dunia pada pagi Ahad di sisi keluarganya termasuk anak tunggal lelakinya yang juga merupakan Ketua De Facto Samsung, Lee Jae-yong.
Kun-hee dirawat di hospital sejak 2014 ketika diserang penyakit jantung.
Di bawah kepimpinan Kun-hee, Samsung bangkit menjadi pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar dunia dan pusing ganti keseluruhan firma itu menyamai satu perlima Keluaran Negara Kasar Korea Selatan.
Kebangkitan Samsung membantu menjadikan Kun-hee sebagai orang terkaya Korea Selatan dan ahli industri paling berkuasa.
#Samsung #Lee Kun-hee #meninggal dunia #Lee Nak-yon #Lee Jae-yong #Pengerusi Samsung Electronics #Korea Selatan #pengeluar telefon pintar