Penghormatan terakhir buat mangsa jambatan runtuh
Astro Awani
November 1, 2022 09:40 MYT
November 1, 2022 09:40 MYT
MORBI: Orang awam menyalakan lilin di luar hospital di Morbi pada Isnin sebagai memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban susulan runtuhan jambatan.
Insiden tersebut disifatkan sebagai yang terburuk pernah terjadi di India sejak kebelakangan ini.
Runtuhan tersebut berlaku pada petang Ahad sehingga menyebabkan 134 mangsa terkorban manakala puluhan yang lain dalam keadaan kritikal.
Setakat ini pihak polis telah menahan sembilan orang pada Isnin untuk membantu siasatan terhadap jambatan yang berusia 143 tahun itu.
Pasukan keselamatan meneruskan usaha mencari dan menyelamat pada Isnin.
Pada masa sama, pihak berkuasa memaklumkan, kebanyakan mangsa adalah remaja, wanita dan warga emas.
Sekurang-kurangnya 177 mangsa berjaya diselamatkan.
Sehingga kini masih belum jelas berapa jumlah sebenar individu yang berada di atas jambatan tersebut semasa ia runtuh.