Penghinaan terhadap al-Quran berterusan di Denmark
Bazly Azmi
Ogos 7, 2023 12:00 MYT
Ogos 7, 2023 12:00 MYT
LONDON: Penghinaan ke atas kitab suci umat Islam berterusan di Denmark, apabila seorang wanita Denmark kelahiran Iran bertindak mencemarkan salinan al-Quran di ibu negara Copenhagen.
Firoozeh Bazrafkan mengoyakkan salinan al-Quran di hadapan Kedutaan Iran pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Dengan mengenakan pakaian t-shirt yang tertera perkataan: "Wanita," "Hidup," "Kebebasan," dia berkongsi rakaman perbuatannya, mentakrifkan tindakan provokasinya sebagai "persembahan seni."
Beberapa bulan kebelakangan ini perbuatan membakar atau mencemarkan al-Quran atau cubaan berbuat demikian oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik berlaku semakin kerap.
-- BERNAMA