Penghijrahan, kepadatan cabaran kehidupan mapan di Selangor
Mohd Dzulfitri Md Yusuf
Jun 28, 2022 14:04 MYT
Jun 28, 2022 14:04 MYT
KATOWICE (POLAND): Kepadatan penduduk menjadi antara cabaran terbesar negeri Selangor untuk mewujudkan kehidupan yang mapan.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri menjadikan sustainable living sebagai menjadi agenda utama dengan berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan komuniti untuk mempunyai misi hala tuju kehidupan berdaya huni yang sama.
Menurut Sze Han, peluang pekerjaan menjadi penyumbang utama kepada penghijrahan masyarakat ke Selangor khususnya di kawasan Greater Lembah Klang.
Ini seterusnya, kata beliau, menyumbang masalah kesesakan lalu lintas dan pengurusan sisa pepejal.
“Apabila kepadatan penduduk itu tinggi, kita akan lihat kesesakan lalu lintas yang menyumbang pelepasan karbon yang lebih banyak dan juga sampah juga makin bertambah.
“Untuk memastikan adanya kehidupan yang mapan, kerajaan negeri menerusi agensi dan PBT telah ada perancangan untuk mengawal situasi ini dengan lebih baik,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui selepas perasmian Pavilion Selangor di World Urban Forum ke 11 (WUF11) di sini, hari ini.
Kerajaan Selangor juga, jelas Sze Han, akan melancarkan Rancangan Selangor Pertama pada bulan depan yang meletakkan matlamat mewujudkan kehidupan berdaya huni yang inklusif