Penghijrahan burung punca H7N9
Astro Awani
April 8, 2013 10:21 MYT
April 8, 2013 10:21 MYT
Burung yang sedang melalui penghijrahan berkemungkinan menjadi punca kepada virus selesema burung H7N9 di China.
Perkara itu dinyatakan Pakar Veterinar Kementerian Agrikultur Yu Kangzhen yang melakukan kajian terhadap selesema burung itu.
Kes paling banyak dilaporkan adalah di Shanghai namun ada kemungkinan virus tersebut akan merebak ke tempat lain.
Kementerian kini sedang menjalankan kajian bagi memahami proses pemindahan virus tersebut sama ada dari manusia kepada haiwan atau sebaliknya.
Kajian termasuk mengambil 1,000 sampel dari pasar dan ladang tempatan melibatkan ayam, khinzir dan haiwan-haiwan lain.
Setakat ini virus tersebut tidak dijumpai dalam khinzir dan keputusan kajian akan diumumkan sebaik selesai.