Pengguna Twitter sindir Obama kunyah gula-gula getah semasa upacara D-Day

Agensi
Jun 7, 2014 12:42 MYT
Obama dilihat mengunyah gula-gula getah ketika upacara formal menyambut ulang tahun ke-70 D-Day - Gambar fail
Pengguna laman media sosial mengutuk Barack Obama pada Jumaat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dilihat mengunyah gula-gula getah ketika upacara formal menyambut ulang tahun ke-70 D-Day iaitu operasi pendaratan menerusi air di Normandy ketika Perang Dunia ke-2.
Orang ramai menggunakan Twitter bagi menggambarkan aksi Obama sebagai ‘memalukan’ dan ‘menyinggung perasaan’ selain seorang pengguna Twitter mengatakan Obama sebagai ‘biadap’.
“Obama adakah anda mahu Coke bersama gula-gula getah ketika Marseillaise dimainkan?” kata toto_des_bois, merujuk kepada lagu kebangsaan Perancis.
“Ratu telah tiba dan kita ada Obama yang sedang mengunyah gula-gula getah, #DDay70,” kata diminou, seorang lagi pengguna Twitter.
Pemimpin AS itu menerima serangan sama di media sosial selepas beliau dilihat mengunyah gula-gula getah ketika majlis pengebumian Nelson Mandela pada Disember.
Orang paling berpengaruh di dunia itu sedang berusaha untuk berhenti merokok dan disebabkan itu, beliau sering dilihat mengunyah gula-gula getah berasaskan nikotin bagi mengatasi ketagihan.
#Barack Obama #gula-gula getah #media sosial #Twitter
;